EPrints Logo

ANALISA METHOD PERAWATAN DALAM STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN KEBANGSAAN (SKPK) BIDANG PERAWATAN RUQYAH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Muhammad, Omar ANALISA METHOD PERAWATAN DALAM STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN KEBANGSAAN (SKPK) BIDANG PERAWATAN RUQYAH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN MALAYSIA. Jurnal EVOLUSI, 3 (1). ISSN 2735-2234

[img] Text
ANALISA METHOD PERAWATAN DALAM STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN.pdf

Download (1MB)

Abstract

Bidang Perawatan Ruqyah adalah salah satu cabang daripada cabang-cabang Amalan Pengubatan Islam. Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplemantari (BPTK) Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan badan kerajaan yang mengawasi dan memantau aktiviti operasi badan pengamal amalan yang diiktiraf seperti amalan pengubatan Islam. Penguatkuasaan peraturan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) 2021 yang diwartakan pada 23 Februari 2021 melibatkan semua seksyen dan subseksyen Akta 775 yang kini memasuki fasa ke-dua sehingga 29 Februari 2024. Matlamat utama kerajaan ialah bagi memastikan semua pengamal PT&K mematuhi undang-undang, meningkatkan professional dan menyediakan perkhidmatan berkualiti serta merekayasakan maklumat terkini berkaitan PT&K yang terjamin dan selamat kepada pesakit. Amalan Pengubatan Islam melalui Perawatan Ruqyah mendapat nilai- tambah(add-value) bilamana buat pertama kalinya telah diluluskan sebagai Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan(SKPK)/National Occupational Skills Standard (NOSS) menerusi Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan Bil.4/2017 pada tarikh 27 November 2017 sebagai dokumen rasmi kerajaan. Pendaftaran NOSS Bidang Perawatan Ruqyah bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) meliputi tiga (3) tahap iaitu Tahap 5: Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), Tahap 4: Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) danTahap3: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Objektif kajian ialah mengemukakan model kaedah method dan memperkenalkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) bidang Perawatan Ruqyah kepada masyarakat umum sebagai method pelengkap komplementari kepada jenis rawatan alopati moden. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kepustakaan melalui penelitian dokumen penting perawatan ruqyah NOSS JPK, rujukan pengamal perawatan ruqyah Darussyifa’. Hasil kajian menunjukkan semua(3) bahagian Kurikulum Unit Kompetensi (CoCU) yang terdiri daripada(1)Perawatan Penyakit Fizikal Berat (sebanyak 6 jenis penyakit dalam NOSS Q869-004-5:2017, (2)Perawatan Gangguan Makhluk Halus dalam NOSS Q869- 004-4:2017 (sebanyak 6 Jenis Penyakit) dan (3)Lapan (8) jenis Perawatan Lazim dalam NOSS Q869-004-3:2017 Tahap 3 menerimapakai Method kaedah perawatan

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Perawatan Ruqyah, Model, Method, Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
Divisions: Faculty of Education, Humanities and Arts
Depositing User: Mrs Shariffah Shuhaiza Syed Mohd Nor
Date Deposited: 14 Nov 2023 07:29
Last Modified: 14 Nov 2023 07:30
URI: http://eprints.kuptm.edu.my/id/eprint/3154

Actions (login required)

View Item View Item