EPrints Logo

KEBERKESANAN SISTEM E-KESEDIAAN KERJAYA

Abdul Halim, Ahmad (2024) KEBERKESANAN SISTEM E-KESEDIAAN KERJAYA. JURNAL EVOLUSI, 5 (3). ISSN 2735-2234

[img] Text
KEBERKESANAN SISTEM E-KESEDIANN KERJAYA.pdf

Download (211kB)

Abstract

Sistem e-Kesediaan Kerjaya dibangunkan bagi membantu Unit CISEC (Corporate, Industrial Services and Employability Centre) di Politeknik Kuala Terengganu mengurus program kesediaan kerjaya dengan berkesan. Pembangunan sistem ini merupakan suatu alternatif terbaik bagi menyelesaikan pelbagai isu berkaitan pengurusan program kesediaan kerjaya. Ketiadaan suatu sistem berpusat yang dapat dicapai melalui dalam talian menyukarkan pegawai yang terlibat mengawal selia program kesediaan kerjaya. Sistem e – Kesediaan Kerjaya yang dibangunkan perlu dinilai dari aspek keberkesannannya bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang disediakan menepati keperluan pengguna. Kajian yang dijalankan berbentuk deskriptif untuk menilai keberkesanan sistem yang dibangunkan. Sampel kajian merupakan 30 orang pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan program kesediaan kerjaya. Borang soal selidik digunakan bagi menilai keberkesanan sistem yang dibangunkan. Hasil kajian mendapati sistem e-Kesediaan Kerjaya yang dibangunkan menepati kehendak pengguna. Maklumat yang disediakan adalah mencukupi, lengkap dan mudah difahami. Sistem ini dapat membantu pegawai yang terlibat menjalankan tugasan dengan berkesan tanpa menagalami sebarang kegagalan. Perkhidmatan yang disediakan mencakupi keperluan kerja yang dilaksanakan. Fungsi-fungsi yang ada pada sistem tidak mempunyai sebarang ralat sewaktu digunakan. Secara kseluruhannya pengguna amat berpuas hati dengan keupayaan sistem yang dapat membantu tugas seharian mereka. Kebolehpasaran pelajar merupakan isu utama dan merupakan petunjuk prestasi yang penting bagi sesebuah institusi pendidikan tinggi. Keupayaan sistem e-Kesediaan Kerjaya dalam membantu mengurus pelbagai program kesediaan kerjaya secara tidak langsung dapat dapat memberi impak ke atas peningkatan peratusan kebolehpasaran pelajar disamping menghasilkan pelajar yang kompeten dan berdaya saing

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Keberkesanan, penilaian, sistem, e - Kesediaan Kerjaya
Divisions: Faculty of Business and Accountancy (FABA)
Depositing User: Mrs Shariffah Shuhaiza Syed Mohd Nor
Date Deposited: 06 Feb 2025 01:43
Last Modified: 06 Feb 2025 01:43
URI: http://eprints.kuptm.edu.my/id/eprint/3808

Actions (login required)

View Item View Item