Zuriani, Ibhrim (2022) Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB) - 2022 :MyCite Journal. Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB), 33 (1). pp. 157-169. ISSN ISSN 2590-4086
![]() |
Text
7A_PEMBANGUNAN_MANU+33+(1)_JUN (1) (1).pdf Download (376kB) |
Abstract
Remaja adalah khazanah dan tonggak kekuatan negara. Namun, segelintir remaja Islam kini terperangkap dengan tingkah laku yang tidak baik, budaya pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, gaya hidup dan ideologi yang jauh dari agama, serta gejala sosial yang akan membinasakan generasi. Kesilapan dalam cara berikir dan gaya hidup remaja yang terpesong ini mesti diperbetulkan dengan membangunkan dan memperkukuh nilai intelek mereka sendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kaedah pengamalan keluarga di Putrajaya dalam pembangunan minda anak remaja berteraskan perspektif ‘Ulwan. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan menggunakan alat soal selidik untuk meninjau 384 responden yang dipilih dalam kalangan ibu bapa beragama Islam yang mempunyai remaja di Putrajaya. Data dianalisis menggunakan SPSS dengan teknik statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan ibu bapa menghantar anak ke sekolah agama untuk mendalami ilmu agama (min = 3.44), mengenal pasti bakat dan potensi anak (min = 3.44), dan mengenal pasti kecenderungan serta minat anak (min = 3.41). Implikasi daripada kajian ini dapat membantu ibu bapa memantapkan ilmu keibubapaan dan seterusnya dapat diterapkan kepada remaja di rumah. Penyelidikan ini turut menyumbang kepada pihak bertanggungjawab agar lebih progresif menguruskan pembangunan belia dan keluarga di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Remaja, pembangunan minda, ‘Ulwan, keluarga, Putrajaya. |
Divisions: | Institute of Graduate Studies (IGS) |
Depositing User: | Mrs Shariffah Shuhaiza Syed Mohd Nor |
Date Deposited: | 28 May 2025 01:37 |
Last Modified: | 28 May 2025 01:37 |
URI: | http://eprints.kuptm.edu.my/id/eprint/4131 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |