EPrints Logo

Journal of the Malaysian Parliament - 2022 : PATRIARKI, POLITIK MALAYSIA DAN PILIHAN RAYA UMUM

PM. DR. SHARIFAH SYAHIRAH, S. SHIKH (2022) Journal of the Malaysian Parliament - 2022 : PATRIARKI, POLITIK MALAYSIA DAN PILIHAN RAYA UMUM. Journal of the Malaysian Parliament, 2 (1). pp. 149-176. ISSN 2773-4897

[img] Text
6.-patriarki-politik-malaysia-dan-pilihan-raya-umum.pdf

Download (431kB)

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menganalisis situasi wanita sebagai pemimpin dan calon dalam politik Malaysia terutamanya ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Patriarki telah dipilih sebagai konsep analisis untuk meninjau sejauh mana amalan ini telah memberi kesan kepada wanita yang ingin bergiat secara aktif sebagai pemimpin dan wakil rakyat dalam politik Malaysia. Patriarki ini sering kali menjadi faktor pengukuhan hegemoni maskuliniti iaitu pemikiran, amalan dan sistem yang mengagungkan kaum lelaki secara berlebihan. Setakat ini, Malaysia mencatatkan ranking dunia yang mengecewakan bagi jumlah pemimpin wanita terutamanya dalam legislatif iaitu kedudukan ke-143 daripada 187 buah negara. Kedudukan ini menggambarkan kemunduran demokrasi negara dari segi memberi peluang dan ruang kepada separuh warganegara Malaysia iaitu kaum wanita. Terdapat tiga objektif artikel ini iaitu (i) membincangkan latar belakang wanita dan politik Malaysia; (ii) mengenal pasti amalan patriarki dalam politik Malaysia, (iii) menganalisis inisiatif yang dijalankan ketika PRU-14 yang telah mencabar amalan patriarki ini. Artikel ini ditulis berdasarkan kaedah kualitatif dengan menganalisis data yang diperoleh melalui data sekunder, dokumen rasmi dan pemerhatian sepanjang tempoh PRU-14 termasuklah ketika penamaan calon serta sebulan pasca PRU-14. Artikel ini mendapati bahawa amalan patriarki secara jelas telah menggugat dan menidakkan potensi wanita sebagai pemimpin dalam politik Malaysia dan diperkukuh melalui amalan budaya parti-parti politik seperti UMNO, PAS, PKR, DAP and BERSATU. Dalam PRU-14, amalan yang memperkukuh hegemoni maskuliniti masih diteruskan dengan jumlah calon wanita yang mininum dan ahli-ahli parti wanita masih dianggap lebih sesuai sebagai peraih undi parti. Hegemoni maskuliniti * Dr Sharifah Syahirah S. Shikh is senior lecturer at the Faculty of Education, Humanities and Arts, Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), Kuala Lumpur. Email: shsyahirah@kuptm.edu.my 150 Journal of the Malaysian Parliament Volume 2 – 2022 ialah konsep yang menjelaskan kewujudan amalan masyarakat yang secara sistematik mendukung patriaki dan ketuanan lelaki wujud dalam semua aspek terutamanya sosial, ekonomi dan politik. Walau bagaimanapun, terdapat usaha yang telah dijalankan oleh pelbagai pihak terutamanya sayap-sayap wanita parti politik, masyarakat sivil, media dan agensi kerajaan yang telah mencabar sistem ini dan menyuarakan kepentingan wanita sebagai pemimpin negara. Antara usaha yang telah dijalankan ialah demonstrasi NGO wanita selepas PRU-14 yang menuntut peningkatan jumlah pemimpin wanita dalam kabinet.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Patriarki, Politik Malaysia, Pemimpin, Pilihan Raya Umum, Wanita
Divisions: Institute of Graduate Studies (IGS)
Depositing User: LIBRARY2 UPTM
Date Deposited: 03 Jun 2025 01:12
Last Modified: 03 Jun 2025 01:12
URI: http://eprints.kuptm.edu.my/id/eprint/4168

Actions (login required)

View Item View Item