EPrints Logo

1st International Conference of Cross-Disciplinary Academic Research 2021 (ICAR21) - 2021 : Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Kesejahteraan Ekonomi Isi Rumah B40: Satu Kajian Rintis. ICAR 2021

Zuriani, Ibhrim and Zaleha, Muda and Suhaila, Abdul Aziz and Dr Madihatun, Zainuddin (2021) 1st International Conference of Cross-Disciplinary Academic Research 2021 (ICAR21) - 2021 : Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Kesejahteraan Ekonomi Isi Rumah B40: Satu Kajian Rintis. ICAR 2021. 1st International Conference of Cross-Disciplinary Academic Research 2021 (ICAR21), NA (NA). p. 81. ISSN 978-967-26577-0-5

[img] Text
ICAR2021 Zuriani_Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Kesejahteraan Ekonomi Isi Rumah B40_ Satu Kajian Rintis.pdf

Download (2MB)

Abstract

Pandemik COVID-19 membawa banyak perubahan dalam kehidupan manusia. Dunia seakan lumpuh apabila jangkitan kes wabak COVID-19 merekodkan peningkatan kes yang serius dan membimbangkan. Jangkitan kes di Malaysia masih tinggi dan belum menunjukkan penurunan dua angka atau lebih rendah. Penularan tersebut telah memberi impak negatif kepada sektor ekonomi terutama golongan berpendapatan rendah B40. Apabila kerajaan melaksanakan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menyebabkan banyak sektor ekonomi mengalami kemerosotan, hilang pekerjaan dan banyak yang tidak dapat bekerja kerana operasi perniagaan yang terpaksa ditutup dan memberi kesukaran kepada isi rumah kerana tidak dapat menjalankan aktiviti ekonomi dan mempengaruhi kesejahteraan golongan ini terutama kumpulan B40 yang tinggal di bandar besar seperti Lembah Klang. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tahap kebolehpercayaan instrumen yang digunakan bagi mengenal pasti impak pandemik COVID-19 ke atas kesejahteraan ekonomi isi rumah B40 di Lembah Klang. Metodologi kajian adalah berbentuk kuantitatif dan seramai 50 isi rumah Melayu B40 di Lembah Klang terlibat dalam kajian rintis ini melalui data soal selidik yang diperoleh. Tahap kebolehpercayaan soal selidik ini adalah 0.881. Hasil kajian mendapati pandemik COVID-19 telah memberi impak yang besar ke atas kesejahteraan ekonomi golongan B40 Melayu di Lembah Klang kerana golongan ini mudah terjejas dan terkesan dengan pandemik ini. Pelaksanaan PKP telah memberi kesan kepada status pekerjaan dan status kewangan majoriti responden yang dikaji iaitu, terhadap pekerjaan dan gaji mereka.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: COVID-19, Ekonomi, B40
Divisions: Institute of Graduate Studies (IGS)
Depositing User: LIBRARY1 UPTM
Date Deposited: 17 Jun 2025 02:10
Last Modified: 17 Jun 2025 02:10
URI: http://eprints.kuptm.edu.my/id/eprint/4382

Actions (login required)

View Item View Item