EPrints Logo

The 2nd International Conference On Cross-Disciplinary Academic Research 2023 , ICAR'2023 - 2023 : Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Kos Sara Hidup Golongan B40: Analisis Pendapatan, Perbelanjaan, Dan Bantuan Bersasar

Ibhrim, Zuriani and Abdul Aziz, Suhaila and Muda, Zaleha (2023) The 2nd International Conference On Cross-Disciplinary Academic Research 2023 , ICAR'2023 - 2023 : Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Kos Sara Hidup Golongan B40: Analisis Pendapatan, Perbelanjaan, Dan Bantuan Bersasar. The 2nd International Conference On Cross-Disciplinary Academic Research 2023 , ICAR'2023, 2 (2). p. 146. ISSN 40181-700982

[img] Text
49. Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Kos Sara Hidup Golongan B40_ Analisis Pendapatan, Perbelanjaan, Dan Bantuan Bersasar.pdf

Download (3MB)

Abstract

Lembah Klang merupakan kawasan maju seiring dengan pembangunan ekonomi yang banyak menyumbang kepada peningkatan harga barang dan perkhidmatan. Kos sara hidup berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan rakyat, sama ada semasa atau selepas pandemik COVID-19, terutama golongan kurang berkemampuan iaitu B40. Kenaikan harga barang secara berterusan sejak kebelakangan ini meninggalkan kesan kepada golongan ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti impak pandemik COVID-19 ke atas kos sara hidup B40 yang melibatkan isu pendapatan, perbelanjaan dan bantuan yang bersasar. Metodologi kajian menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik kepada 650 responden golongan B40 di Lembah Klang dengan menggunakan ujian Mann Whitney U dan Kruskall Wallis H. Hasil kajian mendapati bahawa golongan B40 terkesan dan ada yang tidak terkesan ketika pandemik COVID-19 yang melibatkan isu kos sara hidup dan bantuan yang diperoleh. Hal demikian kerana kenaikan harga barang dan pendapatan yang rendah menyebabkan golongan ini mengambil langkah berjimat cermat dan bertahan dengan wang simpanan yang sedikit. Dalam kajian ini mendapati bahawa tahap kelangsungan hidup golongan ini turut terjejas dan sebahagian besar responden bertindak berjimat cermat dengan membeli barangan yang berkualiti rendah serta mengutamakan barangan yang penting dan berkeperluan sahaja. Justeru, dalam menghadapi situasi ini kerajaan perlu memberi bantuan bersasar bagi mengurangkan bebanan serta memastikan harga barang mampu dibeli dan dimiliki walaupun selepas pandemik COVID-19 melanda.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Impak, Pandemik COVID-19, B40, Kos Sara Hidup, Bantuan Bersasar
Divisions: Institute of Graduate Studies (IGS)
Depositing User: LIBRARY2 UPTM
Date Deposited: 22 Jul 2025 07:45
Last Modified: 22 Jul 2025 07:45
URI: http://eprints.kuptm.edu.my/id/eprint/4959

Actions (login required)

View Item View Item