Zainuddin, Dr. Madihatun and Sabri, Mohamad Dininazmi and Azemi, Dr. Azwanis and Abdullah, Adila (2023) 10th International Islamic Economic System Conference 2023 (I-iECONS 2023) - 2023 : Piagam Pelanggan Dalam Pengurusan Persijilan Halal di JAKIM Menurut Perspektif Islam. 10th International Islamic Economic System Conference 2023 (I-iECONS 2023), 10 (1). pp. 662-680. ISSN 2805-4741
![]() |
Text
59. Piagam Pelanggan Dalam Pengurusan Persijilan Halal di JAKIM Menurut Perspektif Islam..pdf Download (476kB) |
Abstract
Pemprosesan Persijilan Halal merupakan salah satu tema yang terdapat di dalam salah satu Piagam Pelanggan (PP) di Jakim di mana ia merupakan janji yang diberikan kepada pemohon dalam tempoh tertentu untuk menyiapkan Sijil Halal. Dalam merealisasikan sebuah pengurusan yang baik dalam sesebuah organisasi, amat penting untuk staf di dalam organisasi peka terhadap janji yang diberikan seperti mana yang termaktub dalam PP mereka. PP ialah pernyataan secara bertulis oleh organisasi untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan masyarakat khususnya kepada pelanggan yang berurusan dalam mana-mana organisasi. Oleh itu, untuk mengenalpasti setiap permasalahan yang dihadapi dalam pengurusan ini, amat penting sekali organisasi tersebut mendapatkan maklumbalas daripada pelanggan. Dari situ, organisasi dapat membuat penambahbaikan dan perancangan-perancangan strategik yang lain. Justeru, kajian dalam penulisan ini adalah untuk menganalisis maklumbalas daripada masyarakat terhadap janji yang diberikan oleh Jakim dalam urusan pengurusan persijilan halal. Fokus maklumbalas dalam kajian ini adalah maklumbalas pengaduan awam (PA). Permasalahan yang timbul adalah apabila terdapat sesetengan organisasi mengabaikan janji yang diutarakan dalam PP mereka. Ini dapat dilihat melalui maklumbalas PA yang diberikan oleh masyarakat. Kepentingan kajian ini adalah dapat mengetengahkan akan pentingnya perlaksanaan PP yang berkualiti khususnya dari sudut perspektif Islam dalam pengurusan persijilan halal di Jakim. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan metod temubual sebagai metod utama, di mana staf daripada Jakim akan ditemubual untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain itu, metod dokumentasi juga digunakan seperti laporan bertulis di dalam portal Jakim bagi menguatkan lagi data tembual yang diperolehi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti proses persijilan halal itu dilaksanakan berdasarkan maklumbalas PA. Hasil dapatan mendapati bahawa pengurusan yang baik dalam sesebuah organisasi dapat berjalan dengan lancar apabila mekanisme maklumbalas diketengahkan iaitu maklumbalas PA. Situasi ini sekaligus mencapai matlamat yang dikehendaki dalam PP yang dirangka iaitu mencapai kepuasan pelanggan melalui janji yang ditunaikan dengan baik, bertanggungjawab dan beramanah. Ia selaras dengan pandangan Islam seperti menepati dengan maqāṣid al-sharī‘ah (MS), maslahah ammah (MA) dan amar ma‘rūf nahī munkar (AMNM).
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Piagam pelanggan, Persijilan Halal, Jakim, Perspektif Islam. |
Divisions: | Institute of Graduate Studies (IGS) |
Depositing User: | LIBRARY2 UPTM |
Date Deposited: | 23 Jul 2025 02:39 |
Last Modified: | 23 Jul 2025 02:39 |
URI: | http://eprints.kuptm.edu.my/id/eprint/4976 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |