EPrints Logo

National Conference on Multidisciplinary Research and Practice - 2018 : ANALISIS KESALAHAN KONJUGASI KATA KERJA BAHASA PERANCIS DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR

NORFARAHIN AMAT and OMRAH HASSAN@HUSSIN (2018) National Conference on Multidisciplinary Research and Practice - 2018 : ANALISIS KESALAHAN KONJUGASI KATA KERJA BAHASA PERANCIS DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR. National Conference on Multidisciplinary Research and Practice. pp. 125-148.

[img] Text
Copy of Other Publication_Nurfarahin_Analisis kesalahan konjugasi kata kerja bahasa Prancis.pdf

Download (8kB)

Abstract

Kajian ini merupakan membincangkan tentang analisis kesalahan konjugasi kata kerja bahasa Perancis dalam kalangan pelajar Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTMKL). Kajian ini bertujuan menghuraikan jenis-jenis kesalahan konjugasi kata kerja dalam kalangan pelajar KUPTMKL, objektif kedua adalah menganalisis jumlah kesalahan konjugasi kata kerja dalam penulisan ayat mudah bahasa Perancis dan objektif ketiga pula adalah menentukan faktor-faktor yang menyumbang kepada kesalahan konjugasi kata kerja dalam penulisan ayat mudah bahasa Perancis dalam kalangan pelajar KUPTMKL. Secara amnya pengkaji ingin melihat sejauh mana pemahaman dan aplikasi pelajar di KUPTMKL terhadap penggunaan kata kerja dalam pembinaan ayat mudah bahasa Perancis. Untuk mencapai objektif kajian ini, pengkaji menggunakan teori Analisis Kesalahan Corder (1981). Bagi pengelasan jenis-jenis kesalahan kata kerja bahasa Perancis pula, pengkaji menggunakan Teori Taksonomi Kesalahan Dulay, Burt & Krashen (1982). Data-data kesalahan ini diambil daripada kertas ujian tatabahasa bahasa Perancis yang telah disediakan oleh pengkaji. Responden adalah pelajar semester kedua tahun pertama Diploma Teaching English as a Second Language (TESL) dan Diploma in Corporate Communication (CORP.COMM). Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seratus lima puluh (150) orang sahaja. Majoriti pelajar ini tidak mempunyai pengetahuan asas bahasa Perancis sebelum ini, melainkan pembelajaran semasa di KUPTMKL. Hasil pemerhatian terhadap semua responden, pengkaji mendapati banyak kesalahan konjugasi kata kerja yang dilakukan oleh responden. Responden mempunyai kesukaran membuat hubungkait antara penama atau pelaku dan kata kerjanya dalam pembinaan ayat mudah bahasa Perancis. Pengkaji hanya fokus kepada tiga jenis kata kerja bahasa Perancis iaitu Kata Kerja Akhiran ER, Kata Kerja Avoir dan juga Kata Kerja Être. Bagi Kata Kerja Akhiran ER, pengkaji memilih untuk menggunakan tujuh (7) kata kerja asas iaitu Adorer, Habiter, Aimer, Travailler, Preferer, Parler dan Detester sahaja serta Kata Kerja Avoir dan juga Kata Kerja Être. Pengkaji memilih tujuh kata kerja tersebut kerana ia telah diajar kepada pelajar French I. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesalahan kata kerja dikategorikan kepada tiga jenis iaitu kesalahan konjugasi Kata Kerja Akhiran ER, kesalahan konjugasi Kata Kerja Avoir dan kesalahan konjugasi Kata Kerja Être,. Faktor yang menyumbang kepada kesalahan adalah gangguan bahasa ibunda, hierarki kepayahan umum, pengaplikasian peraturan bahasa secara tidak sempurna dan strategi pembelajaran. Kesimpulannya, kajian ini dijangka dapat membantu pelajar KUPTMKL dalam penggunaan kata kerja bahasa Perancis dan seterusnya dapat membantu mereka untuk meningkatkan mutu penulisan ayat mudah bahasa Perancis.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Analisis Kesalahan, Kata Kerja, Kesalahan Bahasa, Bahasa Perancis, Kon
Subjects: P Language and Literature > PC Romance languages
Divisions: Institute of Graduate Studies (IGS)
Depositing User: LIBRARY1 UPTM
Date Deposited: 04 Sep 2025 08:17
Last Modified: 04 Sep 2025 08:17
URI: http://eprints.kuptm.edu.my/id/eprint/5144

Actions (login required)

View Item View Item