EPrints Logo

JURNAL LUAR BANDAR SEJAHTERA TAHUN 2021 - 2022 : PEMERKASAAN DAN PERANCANGAN STRATEGIK LATIHAN INFRA 2021-2025

PM. DR. SHARIFAH SYAHIRAH, S. SHIKH (2022) JURNAL LUAR BANDAR SEJAHTERA TAHUN 2021 - 2022 : PEMERKASAAN DAN PERANCANGAN STRATEGIK LATIHAN INFRA 2021-2025. JURNAL LUAR BANDAR SEJAHTERA TAHUN 2021, 3 (1). pp. 65-82. ISSN 2976_2154

[img] Text
JURNAL INFRA (1).pdf

Download (1MB)

Abstract

Sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan untuk menyediakan latihan bagi memperkasakankesejahteraan masyarakat luar bandar, INFRA bertanggungjawab dalam memastikan pembangunan modul yang berkualiti dan pelaksanaan latihan yang berkesan. Walau bagaimana pun, hasil kajian awalmendapati bahawa prestasi pelaksanaan latihan INFRA 2016-2020 masih belum mencapai tanda aras sebagai pusat kecemerlangan latihan masyarakat luar bandar yang komprehensif dan efektif. Justeru, satu Perancangan Strategik Latihan INFRA perlu dibina agar dapat menjadi asas kepada pelaksanaan program latihan yang komprehensif dan efektif pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, artikel inimenghuraikan proses pembinaan perancangan strategik tersebut yang meliputi empat objektif khusus iaitu; (i) meneliti pencapaian dan pelaksanaan program latihan INFRA sepanjang RMKe-11 (2016- 2020), (ii) mengkaji isu dan cabaran dalam pelaksanaan latihan di bawah kelolaan INFRA, (iii) mencadang penambahbaikan tadbir urus dan program latihan INFRA bagi masyarakat luar bandar, dan (iv) merangka Pelan Latihan INFRA (2021-2025) bagi mempertingkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar selari dengan perubahan semasa. Kajian ini menjadikan Model ProLL (Program Logic & Linkages) sebagai asas untuk membuat analisis sejauhmana keperluan latihan, keberkesanan penyampaian dan keberhasilan program. Kaedah pengumpulan data adalah menerusi penelitian dokumen rasmi, kajian kumpulan fokus, kaji selidik dan temu bual. Seterusnya, analisis dibuat berdasarkan Kerangka Penilaian 3P, Matrik SWOT dan TOWS, serta Matrik Impak-Kompleksiti (MIK). Kajian ini telah mengenalpasti 18 isu dan cabaran utama dalam program Latihan INFRA. Berikutan dengan itu, 35 cadangan strategi telah diutarakan dan diserapkan ke dalam Pelan Strategik Latihan INFRA 2021- 2025. Malah 10 Strategi Latihan INFRA telah dibangunkan yang meliputi 16 program, 52 inisiatif dan 54 indikator sasaran. Secara ringkasnya sepuluh (10) strategi tersebut merangkumi aspek berikut; (i) pemerkasaan penawaran latihan, (ii) pembangunan infrastruktur, teknologi, dan kejurulatihan, serta (iii) sistem penilaian keberkesanan program latihan yang komprehensif. Kajian ini telah menghasilkan satu dokumen Pelan Strategik Latihan INFRA (2021- 2025) yang komprehensif dan sistematik dan telah divalidasi oleh pihak pengurusan INFRA. Pelaksanaan pelan strategik ini berupaya membantu INFRA dalam proses transformasi sebagai pusat kecemerlangan luar bandar (INFRA CORE).

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: Pemerkasaan, Perancangan Strate
Divisions: Institute of Graduate Studies (IGS)
Depositing User: LIBRARY2 UPTM
Date Deposited: 03 Jun 2025 00:43
Last Modified: 03 Jun 2025 00:43
URI: http://eprints.kuptm.edu.my/id/eprint/4167

Actions (login required)

View Item View Item